Monday, May 3, 2010

Pengenalan Alumni

ALUMNI SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, BATU 38, SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN, ditubuhkan sebagai cara menghimpunkan kembali bekas pelajar-pelajar di sekolah ini bagi tujuan mengimbau kembali kenangan lama di samping memberi peluang kepada bekas pelajar menyumbang bakti untuk sekolah yang pernah menaburkan ilmu yang diberkati.

Ramai dalam kalangan bekas pelajar sekolah ini yang berjaya dalam pelbagai kerjaya. Kepelbagaian kerjaya dan pengalaman hidup ini boleh digabungkan bagi menjayakan satu misi untuk membantu meningkatkan pembangunan sekolah yang banyak meninggalkan kenangan ini sama ada pembangunan material mahupun pembangunan pendidikan.

Oleh itu, sebagai langkah menghimpunkan para bekas pelajar ini, satu majlis khas akan diadakan. Majlis yang akan diadakan adalah sebagai cara mengutip kembali kenangan lama, bertemu teman-teman persekolahan dan bekas-bekas guru untuk kembali menjalin hubungan silaturrahim di samping menyampaikan sejumlah sumbangan dalam bentuk barangan atau wang tunai untuk dimanfaatkan oleh pihak sekolah. Majlis khas ini ialah Majlis Jalinan Ukhuwah dan Sumbangsih.

OBJEKTIF

  • Menghimpunkan kembali bekas pelajar sekolah SAMTS Batu 38 sebagai langkah menghubungkan ikatan silaturrahim.
  • Membina networking dalam kalangan bekas pelajar
  • Menjadi saluran bagi merancangan sebarang aktiviti kemasyarakatan untuk sekolah yang dicintai sebagai cara membalas jasa dan budi

0 comments:

Post a Comment